BAB 4- KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Pendahuluan
Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.
Organisasi Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Menteri Pendidikan
YB Dr. Maszlee Malik
Timb. Menteri
Pendidikan
YB. Teo Nie Ching
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah oraganisasi tertinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang di pilih sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. KPM bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Matlamatnya ialah untuk:
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
- melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua Warga Negara Malaysia
Pengurusan Top Down Sistem Pendidikan di Malaysia
KPM
⤋⤋⤋⤋⤋
JPN
⤋⤋⤋⤋⤋
PPD
⤋⤋⤋⤋⤋
SEKOLAH
Carta Oraganisasi umum Sekolah di bawah Kerajaan
|
contoh organisasi di sebuah sekolah
Peranan dan Tanggungjawab Pentadbiran di Sekolah
- Pengetua memainkan peranan paling penting sekali di sekolah, beliau bertanggungjawab dalam peningkatan
Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan
dasar Kementerian Pelajaran. tambahan lagi Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan,
pentadbiran dan kewangan sekolah dan mewujudkan hubungan dua hala dengan
komuniti dan agensi-agensi luar.
- Guru Penolong kanan 1 @ pentadbiran pula merupakan orang kedua yang paling penting dalam sesebuah sekolah itu, ia bertanggungjawab menjalankan tugas Pengetua semasa
ketiadaannya. Tamabahn lagi, beliau juga bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
hal kurikulum, pentadbiran, dan hubungan masyarakat dan keselamatan. peranannya juga membantu Pengetua menyelia dan menilai
proses pengajaran dan membantu Pengetua dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan sekolah, secara umumnya beliau adalah pembantu pegetua melalui hal ehwal pentadbiran
- Guru Penolong Kanan Hal ehwal Murid (PK Hem) ialah salah satunya guru yang paling dekat dengan pelajar-pelajar , kerana ia dipertanggungjawabkan untuk mengurus pelajar-pelajar disekolah, beliau juga bertanggungjawab atas pengetua mengenai kurikulum, ko-kurikulum, hal-hal disiplin dan bimbingan dan kaunseling. Tambahan lagi, PK HEM perlu memastikan keselamatan di sekolah megikut peraturan dan proseduer yang ditetapkan oleh KPM. beliau juga memastikan bahagian-bahagian kebajikan pelajar juga terjamin di Sekolah.
- Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (PK KO) ialah menguruskan aktiviti-altiviti pelajar diluar bilik darjah dan juga kecemerlangan ko-kurikulum pelajar dalam pelbagai bidang. beliau juga bertanggungjawab keatas guru besar untuk bahagin ko-kurikulum, selain itu, itu juga beliau perlu memastikan penyeliaan aktivti-aktiviti tahunan ko-kurikulum mengikut piawan yang ditetapkan oleh KPM.
Rujukan
- http://www.cikgushare.com/2016/06/senarai-tugas-penolong-kanan-kokurikulum.html
- laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Slaid
pembentangan Kumpulan PBS 1: Kepimpinan dan Organisasi Sekolah
- Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
- Pelan
Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan 2016
|
No comments:
Post a Comment