Tuesday, November 6, 2018

Bab 8- Pengurusan Disiplin

BAB 8- PENGURUSAN DISIPLIN 


PENDAHULUAN

Pengurusan disiplin pelajar adalah satu aspek yang sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran. Pengurusan yang baik dapat mengurangkan kes-kes salah laku disiplin pelajar. Justeru, pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara. Mereka juga merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan. Mereka yang akan terus melaksanakan program-program pembangunan negara ini . Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga dan masyarakat. 



ORDINAN PELAJARAN 1957
PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN PELAJAR 1959

2 tahun 1957




Tajuk ringkas dan pemakaian.









Tafsiran.



P.U.(A)130 80






Perlantikan Guru Besar.


















Tanggungjawab Guru Besar atas disiplin.


Kuasa-kuasa
Guru Besar.






















Perwakilan kuasa oleh Guru Besar.











Murid-murid tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau politik.







































Kuasa guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah









Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.












Rayuan.














Catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah.




Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957,   Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut :

1.     Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :-

(a)      sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan

(b)      sekolah gaya pos

2.     Dalam  peraturan-peraturan ini,  melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -

“ Pihak berkuasa pelantik ” ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.

“ Pendaftar Besar ” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(1) Ordinan ;

“ Pendaftar ” ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(2) Ordinan.

3.     (1)  Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah,  pihak berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu Pendaftar tentang perlantikan itu.

(2)   Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai nama guru besar sekolah itu.

(3)   Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu secara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan membuat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.

(4)   Dalam peraturan ini “daftar” ertinya daftar yang disimpan di bawah seksyen 59 Ordinan.

4.     Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.

5.     (1)  Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid,  Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –

(a)   hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan

(b)   hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

(2)     Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.


6.     Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa,  tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yand difikirkannya patut,  mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu ,  tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu .

   Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.

7.     (1)  Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh

(a)   merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya ;

(b)   dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik,  atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seorang atau beberapa orang lain dalan sesuatu pilihanraya, berucap atau mengganggu mana-mana perjumpaan awam yang sah ;

(c)   menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

(d)   Mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan urusan perjumpaan yang diadakan itu ;


(e)   Mengambil bahagian dalam mana-mana perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.
(2)   Dalam peraturan ini “ pilihanraya ” ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.

8.     Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah –

(a)   sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; atau

(b)   yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah.

9.     (1)  Pada bila-bila masa sahaja –

(a)   Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah :

Atau

(b)   Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar : atau

(c)   Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7.


10.   (1)  Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :

(2)   Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.

11.   Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan 8  atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

12.   Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya ).

(a)   masuk atau dibenarkan masuk ke dalam          kawasan sekolah itu; atau

(b)     diterima  masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran  Pendaftar Besar.

13.   (1)  Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, menutup sekolah itu selama suatu tempoh, tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu, sebagaimana difikirkannya perlu.

(2)   Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal di premis itu yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah berkuatkuasa.

(3)   Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan / premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan untuk memasuki mana-mana bahagian premis itu, pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau di dalam jika, setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu.

(4)   Apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perintah baru di bawah peraturan ini.

14.   Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9, atau yang melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu; dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mana-mana peraturan lain boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya.

15.   Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah semua atau mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini, sama ada dengan  mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan , dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat itu.

16.   Peraturan-peraturan ( Disiplin ) Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan.

AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN.

  • Akta Kanun Keseksaan.
  • Akta Multimedia.
  • Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Akta Dadah Merbahaya.  



PRINSIP UNDANG-UNDANG.

IN LOCO PARENTIS  - Bermakna  IBU/BAPA  menyerahkan  sebahagian  daripada  Autoriti  mereka  kepada Guru, Pengetua  dan  pihak  sekolah  dalam  proses  menghantar  anak  mereka  ke sekolah

INTRA  VIRES -  Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang ditetapkan 
.
ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa di luar batas kuasa yang diberikan.

MALA FIDE - Niat  buruk/jahat.

LIABILITI VIKARIUS  -  Keadaan  di  mana  pihak  majikan  (KPM)  dianggap  turut  bertanggungjawab  terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu tuntutan kes kecuaian .

UNDANG-UNDANG TORT –Undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan


SALAHLAKU DAN HUKUMAN


Pengertian Salah Laku Berat


  Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

    Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh –sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh dibuang sekolah.
        Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.


Pengertian Salah Laku Sederhana

          Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman
Sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan kemudahan kepada diri atau
Murid lain atau pihak lain.

                  Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu
Melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudahan,
Keharmonian system pendidikan di sekolah.

                 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah
Hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

                Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
Salah lakunya.


Pengertian Salah Laku Ringan

    Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Pekeling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah, kerkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

        Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang dikenakan hukuman lebih berat lagi.

        Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah       hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga

        Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
salahlakunya.

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alas an atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan

Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut.
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau                               berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

 Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan selama 60 hari atau lebih.

 Ponteng Kelas
 Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran dan  murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.


PENGETIAN HUKUMAN


Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :

    Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

   Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

    Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau manafikan sesuatu yang disukainya.

     Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru BesarDan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (corporal punishment) , Penahanan (detention) dan Amaran.
                                              

Pengertian Pembuangan Sekolah

     Hukuaman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplinj Sekolah) 1959.

       Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

                                   
Pengertian Penggantungan Sekolah

      Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehinggan tidak lebih 14 hari persekolahan.

     Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya. Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

     Penggantungan yang di buat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua/ Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajarn (Disiplin Sekolah) 1959.
           Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.



Pengertian Hukuman Dera (corporal punishment)

     Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

     Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu saalah laku telah dapat disahkan.

      Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan  (Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959.

      Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar permpuan dilarang secara nyata dalam Perkara 5 Ordinan Pelajarn, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 

Pengertian Hukuman Penahanan (detention)

     Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan dataang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.

         Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.

      Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.           

      Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.



Pengertian Hukuman Amaran

     Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.

     Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kerana berpendapat bahawa kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

         Tindakan hukuman merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan,  Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat 

E-PIDP

Sistem e- PIDP digunakan untuk melaporkan kes aduan disiplin murid( slah laku dan isu muirid termasuk perbuatan buli, bergaduh, memukul dan mencederakan murid lain atauy sebarang perkara berkaitan serta kemalangan/ kejadian yang boleh mengancam keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan kebajikan murid. Ini bertujuan untuk membantu Sektor Operasi Pendidikan(SOP) KPM merekodkan laporan aduan disiplin yang merankumi murid  laporan pengurusan mengenai guru serta kakitangan KPM  samada kakitangan sekolah atau di bahgian-bahgian dalam KPM.    

KESIMPULAN 


Apa jua tindakan yang diambil oleh guru disiplin dan guru-guru harus dilihat dari sudut positif asalkan ianya tidak melampau atau terkeluar dari garis panduan yang telah ditetapkan.  Kita mahu semua pihak faham bahawa proses pengurusan disiplin pelajar di sekolah memerlukan kerjasama dan kefahaman semua pihak. Jika tiada kerjasama dan kefahaman semua pihak, proses ini tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Slide Share:-
https://drive.google.com/open?id=1lX1en-ynrHVQHZwZcHZI--yQuUkTc6ZU

RUJUKAN

  • Bahan Pengajaran KPS3014
  • Buku Paduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.
  • Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16
  •  ( M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/ 98/6-Vol.II/4 )MOHAMED KHIR JOHARI- Menteri Pelajaran -20hb. Februari, 1959
  •  Buku Panduan Pengurusan Menangani Masalah Buli, Kementerian Pelajaran Malaysia 1994
  • http://www1.widgetserver.com/?subid4=1541570663.0211625430&kw=watch+TV&KW1=Dedicated%20Servers&KW2=Help%20Desk%20Support%20Software&searchbox=0&domainname=0&backfill=0 




No comments:

Post a Comment