Pendahuluan
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Pusat sumber sekolah ialah tempat wajib ada di setiap sekolah di Malaysia, ia merupakan pekara penting dalam sekolah dalam membantu pembelajaran dan akademik pelajar. Malahan ia adalah Suatu tempat yang memberikan suasana
pembelajaran kendiri yang selesa. Tambahan lagi, perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan
pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan
pendidikan. PSS juga boleh digelar agen
perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran
Obejektif PSS ialah:-
1.Kecemerlangan
pendidikan
2.Penggunaan
kemudahan
3.Pemupukan
tabiat belajar
4.Penghasilan
bahan
5.Perkhidmatan
pembelajaran
6.Kemahiran
maklumat
Antara Skop Kerja Oleh PSS ialah mengenal
pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum, ia penting bagi membantu pelajar dalam mencari bahan rujukan di sekolah, tambahan lagi pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan keluarganya ekonomi nya tidak kukuh untuk membeli rujukan kepada pelajar tersebut, PSS boleh menjadika golongan ini sebagai tempat untuk mencari bahan rujukan mereka. Selain itu juga PSS sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, Tambahan lagi PSS juga sebagai tempat
pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan sebagai contoh pelajar boleh melayari internet dan boleh perkara sedemikian diluar pembelajaran. Seterusnya PSS juga bertindak sebagai pintu
masuk maklumat dari agensi luar, supaya apa-apa bahan-bahan pendidikan tidaklah ketinggalan pada zaman yang makin moden ini. Selain itu ia juga tempat untuk. mendapatkan
panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan
kurikulum danPenggalak
aktiviti membaca dan kemahiran maklumat. Apa yang lebih penting adalah untuk mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dalam menyedia
keperluan terkini teknologi pendidikan dan perkhidmatan reprografi dan rakam salin.
Pembelajaran Bersaskan Sumber
Pembelajaran Bersaskan Sumber ialah meliputi satu mata pelajaran
tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran dibimbing oleh guru dan berpusat
kepada murid bersifat individu atau secara
kumpulan menggunakan bahan bagi pembelajaran
secara individu atau kumpulan.
Antara Kompenan Pembelajaran Berasaskan sumber di sekolah penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai
sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar. dengan ada kompenan tersebut pelajar-pelajar bakal belajar menggunakan pelbagai sumber yang ada di sekitarnya.
Seterusnya, ciri-ciri pembelajaran yang berasaskan sumber ini ialah dapat memberi Aktiviti
pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan kepada pelajar. selain itu, ai akan melibatkan
pelajar belajar secara aktif dengan
menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan
saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan. Seterunya, ia juga membuka ruang dan peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan dan lebih fleksibel dalam penggunaan
waktu dan ruang belajar. Akhir Sekali ia dapat mengembangkan sikap yakin kepada
diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Kesimpulan
Disini dapat simpulkan bahawa Pengurusan Sumber
terdiri daripada pelbagai jenis sumber yang dapat diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu,pelajar juga dapat membuat
perbandingan antara beberapa kategori sumber maklumat sertamengetahui criteria
untuk memilih bahan atau sumber apabila mereka memerlukan sesuatubahan untuk
pembelajaran. Pelajar juga dapat mengesan kelemahan atau kekuatan sesuatu sumbangan.
Rujukan
No comments:
Post a Comment