PENDAHULUAN
Pengurusan Bimbingan & Penasihatan ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 4 Kompenan iaitu Kaunseling, Bimbingan, Penasihatan & Mentoring.
BIMBINGAN
Bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang penting di dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding, 2000), ia juga proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1997).
CIRI-CIRI BIMBINGAN
- Bimbingan adal untuk semua murid dan juga untuk perkembangan mereka di Sekolah
- Fokus utama proses bimbingan ialah mencagah awal masalah yang masih boleh dikawal.
- Ia boleh dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah
- Murid-murid perlu menyertai proses bimbingan secara sukarela
- Guru Bimbingan Perlu bertindak profesional agar tidak berlaku perkara sonsang
- Pekhidmatan Bimbingan ini ialah tanggungjawab secara Kolektif diantara guru, murid, guru pembimbing dan juga sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan
Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
CIRI-CIRI BIMBINGAN
- Kaunseling adalah profesion
- Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
- Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
- Kaunseling berasaskan teori
- Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
- Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran
PENASIHATAN
Penasihata ialah menhendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang ialah guru yang selalu menasihati anak muridnya.
CIRI-CIRI PENASIHATAN
- Tumpuanya lebih mendalam dan luas.
- Matlamatnya ialah bagi membantu seseorang itu memahami punca-punca masalah atau isu-isu kerjaya atau akademik.
- Selalu digunakan untuk janka masa yang pendek tetapi ia boleh kekal untuk jangka masa yang panjang disebabkan masalah satu per satu
- Penasihatan boleh digunakan untuk tujuan psiko sosial serta isu-isu penambahbaikkan
- Agenda perjumpaan umumnys dipersetujui oleh individu-individ dan penasihat
- Individu lain jarang sekali terlibat.
MENTORING
Mentoring merupakan mekanisme yang positif dan efektif untuk
memaksimakan potensiindividu. Konsep Mentoring ini adalah berasaskan bimbingan
dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka gar menjadi individu yang
bertanggungjawab yakin dan berdaya saing
CIRI MENTORING
- Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang
- Boleh menjafi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan
- Jangka masa lebih panjang dan meneriman pendapat seseorang dengan lebih luas
- Mentor biasanya adalah lebih berpengakaman dan berkelayakan daripada mentee
- Focus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi.
- Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
- Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee.
KESIMPULAN
pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Keempat-empat kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.
- Akta Kaunselimg1998
- Bahan pengajaran KPS3014
- Bahan Pengajaran KKP 3113
No comments:
Post a Comment