Monday, November 5, 2018

Bab 2- Interaksi & pembelajaran

BAB 2- INTERAKSI &PEMBELAJARAN

Pendahuluan

Pada bab kali ini menerangkan tentang interaksi dalam pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang proses pembelajaran itu berlansung.  Interaksi bermaksud suatu perhubungan yang aktif  antara satu sama lain. samaada dua atau beberapa pihak. Manakala Pembelajaran adalah satu proses seorang pelajar memahami suatu kefahaman  atau satu konsep yang dipelajari itu (Murphy & Alexender 2006).  oleh demikian bab ini akan menerangkan kaedah interaksi dalam proses pembelajaran diterapkan.


SOSIOLISASI DAN INTERAKSI PEMBELAJARAN  

Interaksi dan pembelaran amatlah berkait rapat dengan sosialisasi murid, sebelum itu kita perlu mengetahui siapa yang selalu terlibat dalam proses pembelajara ini? iaitu Murid, Guru, Ibubapa dan rakan . Oleh demikian sebagai seorang guru mahupun rakan anda adalah sebagai seorang agen sosialisasi di dalam Sekolah, kerana dua orang ini adalah yang paling berpengaruh disekolah. jesteru itu kefahaman tentang sosialisasi ini amat penting untuk di fahami  oleh seorang yang akan  bergelar Guru.  selain itu tempat berlakunya sosialisasi ini juga berperanan penting dan menjaminkan interaksi itu berkesan di persekolahan.

GURU SEBAGAI MODEL

Model ialah seseorang atau suatu yang booleh jadikan contoh atau teladan untuk ditiru atau diteladani (Kamus dewan Edisi Ke 4). Berdasarkan maksud model itu, amatlah tepat sekali dalam sesi persekolahan yang layakn menjadi model di sekolah adalah guru. 4 elemen penting dalam menjadi guru yang boleh diteladani:- 

  1.    Penampilan dan bahasa tubuh   
      Seorang guru yang profesional penampilan adalah sangat untuk dijaga sepanjang sesi persekolahan kerana ia dapat menunjukkan satu penampilan positif kepada pelajar mereka. ia juga menunujukkan diri guru tersebut seorang guru yang profesiolisme malahan ia sudah termaktub dalam etika guru di dalam bilik darjah.  Manakala bahasa tubuh juga penting dalam mesej atau ilmu kepada pelajar dalam meudahkan apa- apa yang dipelajarinya tambahan lagi ia menunjukkan kewibawaan seorang guru tersebut. Tambahan lagi Senyum dan pandangan mata juga penting dalam menunjukkan kepada pelajar bahawa guru yang mengajar di hadapan seorang guru yang beribawa     

     2.    Tingkah Laku
           
            Adalah sangat penting bagi seorang guru yang mempunyai tingkah laku yang baik disekolah.  dalam hal ini  seorang yang mempunyai profesion guru itu melambang keperibadian soerang manusia malahan ia juga dipnadang di luar sekolah bukan hanaya di waktu persekolahan sahaja. tambahan lagi tingkah laku seorang guru juga penting dalam menjaminkan kualiti seorang guru yang ada di Malaysia ini. anatar ciri-ciri tingkah laku yang baik ialah sopan berhemah tetapi tegas, berempati, menangani masalah dengan adil, menggunakan bahasa yang sesuai, bertindak dengan bijaksana dan sebagainya lagi.

    3.       Pengetahuan luas
             
               Sebagai Seorang guru, beliau perlu cepat dalam mengenalpasti isu-isu semasa yang melanda negara, terutama isu-isu kanak-kanak dan remaja yang ada di negara ini, ini kerana guru-guru perlu sedar bahawa klien di sekolah adalah anak murid dan amatlah berkait rapat dengan anak muridnya. tambahan lagi guru-guru juga perlu menambah ilmu penegtahuan dalam diri dalam membentuk seorang guru yang berpengatahuan tinggi di masa hadapan, selain itu guru-guru perlu meneruskan atau nemabah kepelabagaian kaedah pembelajaran di dalam kelas berdasarkan subjek yang diajar.


  4.         Sifat Kepimpinan
              Sehebat mana guru itu, sejauh mana guru pergi, sudah tentu ia memerlukan sifat kepimpinan yang tinggi dalam diri. hal ini menjelaskan guru perlu ada sifat kepimpinan yang tinggi terutama dari segi  autokratik, demokratik dan laissez-faire. ini kerana seorang guru itu mempunyai ramai orang-orang yang dipimpini olehnya dalam sekolah tersebut dan ianya tidak berfokuskan kepada pelajar sahaja malahan rakan-rakan sekerja, ibubapa, kerani, tukan kebun dan sebagainya lagi pun ingin melihat guru-guru dapat memberi kerjasama yang baik disekolah.


Kesimpulan 

interaksi dalam proses pembelajaran adalah hubungan timbal balik antara guru dan pelajar, dengan adanya interaksi yang tinggi antara guru dengan pelajar ataupun dengan. Hal ini akan mengakibatkan suasana kelas menjadi aktif dan kondusif.

Sekian.
Rujukan
Bahan bacaan subjek kps 3013
https://www.slideshare.net/interaksi-dlm-pngurusan-pembljrn

               




        











No comments:

Post a Comment