Tuesday, November 6, 2018

Bab 6 - Pengurusan Bilik Darjah

BAB 5-  PENGURUSAN BILIK DARJAH 






PENDAHULUAN

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pegerakan yang memerlukan kerjasama dan campur tangan darii ahli organisasi tersebut bagi mencapai matlamat mereka sendiri, dan tugasnya adalah merancang,mengarah, memimipin & mengawal. 


Bilik Darjah
Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Antara prasyarat yang paling utama bagi menjamin satu proses pergajaran  dan pembelajaran yang berkesan adalah aspek pengurusan  bilik darjah. Setinggi mana pun ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antaraaspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah -lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang , baik seperti tegas, demokratik, pengasih, prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk menggalakkan pembelajaran. Sarna ada sedar atau tidak, gaya kepirnpinan guru daIam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah.

 Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan.pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matIamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memabami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip 'ini adalah gabungan daripada sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah, dan aspek pengurusan yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip yang pertama adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bilik darjah berkongsimatlamat yangsama daIam proses pengajaran dan pembelajaran, maka ke dua-dua belah pihak perlulah bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menyayangi pelajar sebagai individu yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar, dan pertolongan. Seterusnya pelajar pula perlulah menghormati guru sebagai individu yang akan membantu atau memberikan panduan. Prinsip'kedua adalah kepercayaan dan sikap optimis guru. Guru sebagai pengurus perlu yakin dan percaya akan keupayaan mengetuaikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut. jesteru keikhlasan dan kegigihan guru adalah ditagih oleh 'pelajar dapat merasakan  guru betul-betul inginkan suasana bilik darjah yang merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.


Prinsip ketiga pula adalah bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang cekap dan berkesan. Oleh itu, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang selalu membuat masalah, guru seharusnya bersikap positif terhadap semua pelajar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian, dan bukannya disisihkan atau tidak dipedulikan. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka, mereka akan .Iebih bersifat terbuka, mudah berkongsi .masalah dan sedia mengubah 'perlakuan mereka yang negatif. ; Dari sudut pengurusan di sekoIah atau di mana-mana organisasi, istilah iaitu langkah  mencegah.
Bagi seorang guru; mennegah perlakuan pelajar adalah lebih baik daripada mengambil tindakan untuk merawat atau memperbaikinya. Sikap proaktif guru daIam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah akan berupaya menghalaug perlakuan devian pelajarnya. Beberapa langkah awal boleh dilaksanakan bagi memastikan sikap positif pelajar. Langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan menetapkan rutin dan peraturan bilik darjah. Rutin dan , peraturan yang telah ditetapkan oleh guru dan telah dipersetujui oleh semua pelajar haruslah diamalkan dan dipatuhi. Sekiranya .. rutin dan peraturan dapat diamalkan dan dipatuhi oleh semua warga bilik darjah, maka aspek kawalan dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan sekali gus menjadikan pelajar lebih berdisiplin. Apa yang diharapkan adalah pelajar akan 'menjadi seorang yang 'disiplinkendiri'.
Langkah kedua pula adalah menetapkan prosedur pengurusan yang tegas. Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang meIanggar rutin harus dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru. Namun pelaksanaan dendaan atau hukuman tersebut haruslah dijalankan dengan penuh kebijaksanaan. Apa yang ,tebih penting adalah pelajar sedar kesilapan mereka dan tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.


Seterusnya langkah ketiga adalah  memberi dotongan positif kepadapara pelajar. Dari aspek psikologi pelajar adalah remaja  yang suka mencuba sesuatu yang baharu dan . suka diberikan perhatian. justeru, sebagai pengurus bilik darjah, guru perlu memberi dorongan dan motivasi kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian atau penghargaan yang sewajarnya kerana perlakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip:.prinsip pengurusan bilik darjah, guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan. Terhadap pelbagai faktor yang Perlu diambil kira, Oleh seorang guru selaku pengurus. Faktor-faktor tersebut akan dibincangkan  dalalam rancangan yang akan datang


Kesimpulan


Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.

Slide Share:-
https://drive.google.com/open?id=1Is8pbTFXMLMs_-eG5mGuuuCtKNXVUFcQ

Rujukan
Bahan Pengajaran KPS3014
Penulisan Minda Pendidik/ Muhamad suhaimi Taat/27/6/2012  
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.






No comments:

Post a Comment