DEFINISI PELBAGAI BUDAYA
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA
1) Teori Melting Pot 1: Anglo Comformiti
Berdasarkn teori tersebut,masyarakat yang terdiri daripada individu
yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan
dalam satu wadah yang paling dominan.Teori ini melihat individu dalam
masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.Sebagai
contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan
minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori
ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
2) Teori Melting Pot 2: Ethnic Synthesis
Setiap
individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam
satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian
unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti
agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan
membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang
asal. Teori
ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya
asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
3) Teori Cultural
Pluralism (Mosaic Analogy)
Masyarakat yang terdiri daripada individu
dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan
budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka
secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan
identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
Kepelbagaian latar belakang individu
dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam
institusi pendidikan (Banks, 1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di
institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar
belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai
kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
Pendidikan pelbagai
budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada
satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku
dalam pendidikan formal atau tidak formal.Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah
untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang
mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan
pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Pendidikan pelbagai budaya dapat
dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989). Dari
aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan
idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam
kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau
kriteria lain.Dari aspek gerakan,
pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah
institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas
sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar. Dari aspek proses,
pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan
agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Pendidikan pelbagai budaya adalah
pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar
bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk
dalam setiap kurikulum. Pendidikan pelbagai budaya meliputi
tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. Populasi
pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran
yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar. Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
Pelajar perlu merasa selesa dan diterima
apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya juga harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk
seluruh pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya
adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan
pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan Cara belajar pelajar dan cara guru
mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran
yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah
dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi
kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah
mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk
bertanya. Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum
lain. Pendidikan pelbagai budaya mesti
menggunakan masyarakat sebagai sumber.
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Banks (1989) menyatakan Sensitif terhadap tingkah laku para
pelajar dari pelbagai latar belakang. Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan
kontroversi tentang topik yang diajar. Menggunakan
teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi
etnik dalam pembelajaran
Najeemah (2007) menyatakan Guru
mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka. Guru perlu jujur dan menghargai
alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Guru mestilah menganggap bahawa
kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada
guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
KESIMPULAN
Pengurusan pelbagai budaya di Sekolah amat penting untuk diuruskan dalam menjaminkan keharmonian di sekolah
Pengurusan pelbagai budaya di Sekolah amat penting untuk diuruskan dalam menjaminkan keharmonian di sekolah
Rujukan
Bahan Pengajaran KPS3014
No comments:
Post a Comment