Tuesday, November 6, 2018

Bab 5- Pengurusan Murid

BAB 4- PENGURUSAN MURID






PENDAHULUAN

Dalam melahirkan sistem pembelajaran yang unggul, pelbagai aspek perlu dikaji dan diteliti agar matlamat yang diingini tercapai, salah satunya ialah pengurusan murid. Pengurusan murid adalah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, perorganisasian, pengarahan dan pengawalan .

PENGURUSAN MURID


  • Hal Ehwal Murid                                                                                                                              -Rekod Murid
  • Pebelajaran                                                                                                                                       - Kesediaan pembelajaran                                                                                                               - Motivasi 
PENGURUSAN REKOD MURID 

  • Rekod Murid pada hari ini telah di rekod melalui Aplikasi Pankalan Data Murid (APDM) apabila kad 001 sudah di mansuhkan melalui pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M.
  • APDM Satu aplikasi secara online untuk simpan segala maklumat berkenaan murid.
  • Segala maklumat di dalam APDM akan digunakan ketika mengisi aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS).
  • Maklumat peribadi murid dan penjaga murid perlu dikemaskini dari semasa ke semasa
  • Bantuan yang disalurkan  kepada murid diambil dari APDM.

 PERANAN GURU DATA & GURU KELAS DALAM MENGURUSKAN REKOD MURID

- Guru Data
  Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar    maklumat mengikut          kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 

- Guru kelas
  • Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
  • Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).
  • Menyemak dan membetulkan ralat.
  • Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.

KEPENTINGAN REKOD MURID

  • Memantau kemajuan murid
  • Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  • Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan
KESEDIAAN PELAJAR

  • Kognitif- ia berkait rapat dengan  mental untuk  memahami dan juga berfikir tambahan lagi perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
  • Afektif-  ialah Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan, dismaping  pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
  • Psikomotor-  satu penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan. Disamping itu, Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif dan afektif pelajar tersebut.

MOTIVASI PELAJAR

  •        Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
  •        Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.
  •        Bantuan  daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Kesimpulan

Kesimpulanya, pada bab ini menerangkan tentang 
pengetahuan kemantangan fizikal iaitu berupaya dari segi kognitif, 
afektif dan kemahiran insaniah. Tambahan lagi, pengurusan 
murid di sekolah  amat penting kerana pengurusannya disekolah  
akan mencerminkannya sebagai prestasi sekolah. 










No comments:

Post a Comment