BAB 1- SOSIOLOGI PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.
Maksud Sosiologi?
SOSIOLOGI ialah Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi Sosial mereka dalam masyarakat dalam pelbagai sudut (Amir Hassan 2002)
Sosilogi ini terbahagi 2 bahagian:-
1) Mikro:- ialah sosiologi yang bersifat kecil dan individu
sebagai contoh:- Penagih, Penyakit diri sendiri
2 2) Makro:- ialah Sosiologi yang bersifat besar, kompleks dan berfokuskan masyarakat/ organisasi
sebagai contoh kes Jenayah, Penyakit berjangkit, Kualiti Kerja Pengeluaran atau Pengabaian kanak -kanak
Apa itu Pendidikan?
Proses Perpindahan secara Formal atau tidak Formal mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku antara satu generasi dengan satu generasi yang lain atau generasi yang sama. ( Amir Hassan 2002)
Sosiologi + Pendidikan?
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat yang seterusnya mempengaruhi matlamat bentuk institusi, pentadbiran , kurikulum dan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran .
Kesimpulan
dengan pendidikan, tambahan lagi, kita dapat menerokai pelbagai
aspek masyarakat kita di Malaysia dengan Kaedah kurikulum yang digunapakai di Malaysia seperti kepelbagaian bangsa, agama, sudut ekonomi dan sebagainya. hal ini menunjukkan kesan pendidikan memberi kesan yang baik dalam menjaga keharmonian yang dinikmati sehingga sekarang.
Rujukan:
- Wikepedia Sosiologi Pendidikan
- Bahan Pengajaran Kelas Kps 3014
- Buku Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi ke 2 (Amir Hassan Dawi)
No comments:
Post a Comment