Pada menjalankan
kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957,
Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut :
1. Peraturan
ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ),
1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :-
(a) sekolah
yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan
(b) sekolah
gaya pos
2. Dalam
peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki
makna yang lain -
“ Pihak berkuasa
pelantik ” ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa itu bagi
melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.
“ Pendaftar Besar
” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen
57(1) Ordinan ;
“ Pendaftar ”
ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(2)
Ordinan.
3. (1)
Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak
berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu
Pendaftar tentang perlantikan itu.
(2) Pendaftar
hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana
sekolah dalam daftar sebagai nama guru besar sekolah itu.
(3) Apabila
Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru
Besar, badan berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh
melaporkan hal itu secara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan
membuat apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.
(4) Dalam
peraturan ini “daftar” ertinya daftar yang disimpan di bawah seksyen 59
Ordinan.
4. Guru
Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid
sekolah itu.
5. (1)
Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat
bahawa –
(a) hukuman
dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan
(b) hukuman
dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan
sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak
tangan ataupun dipunggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu
rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah
disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.
6. Guru
Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yand difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah
itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu ,
tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh
menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu .
Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan
kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.
7. (1)
Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun
yang belajar di mana-mana sekolah boleh
(a) merayu
undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau mana-mana calon
dalam sesuatu pilihanraya ;
(b) dengan
tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan
politik, atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seorang
atau beberapa orang lain dalan sesuatu pilihanraya, berucap atau mengganggu
mana-mana perjumpaan awam yang sah ;
(c) menyebar
atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain
propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan
politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding
dalam sesuatu pilihanraya.
(d) Mengganggu
perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin
menghalang perjalanan urusan perjumpaan yang diadakan itu ;
(e) Mengambil
bahagian dalam mana-mana perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau
diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau
pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam
sesuatu pilihanraya.
(2) Dalam
peraturan ini “ pilihanraya ” ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan
Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.
8. Pada
bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah
sekolah –
(a) sebagai
perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di
mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya
ataupun dibuang sekolah; atau
(b) yang
seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh
dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh
yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah.
9. (1)
Pada bila-bila masa sahaja –
(a) Didapati
dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah :
Atau
(b) Pendaftar
diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar : atau
(c) Pendaftar
berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7.
10. (1)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau
dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang
boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :
(2) Ibu
bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana
perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam
tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh
perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut
mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan
seksyen 90 dan 91 ordinan.
11. Sijil
berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah
peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru
Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah
peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
12. Seseorang
murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah
peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah
terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya ).
(a) masuk
atau dibenarkan masuk ke
dalam kawasan sekolah
itu; atau
(b) diterima
masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran
Pendaftar Besar.
13. (1)
Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau dikehendaki oleh kerana apa-apa hal
tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar sesebuah
sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh,
dengan perintah secara bertulis, menutup sekolah itu selama suatu tempoh,
tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu, sebagaimana
difikirkannya perlu.
(2) Tiada
seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau
tinggal di premis itu yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah
sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah
berkuatkuasa.
(3) Mana-mana
pegawai polis boleh, tanpa waran masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau
mana-mana bangunan / premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan
sekolah itu yang suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan
ini dan boleh menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan
untuk memasuki mana-mana bahagian premis itu, pegawai polis boleh menggunakan
kekerasan yang perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau
di dalam jika, setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah
dibuat dengan sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu.
(4) Apa-apa
perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa
masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya
perintah yang lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa
Pendaftar untuk membuat perintah baru di bawah peraturan ini.
14. Mana-mana
murid yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8
atau 9, atau yang melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa
jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan
13(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara
itu; dan sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mana-mana
peraturan lain boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit
bagi kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit bagi kesalahan kali kedua
atau yang berikutnya.
15. Menteri
boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah
semua atau mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini, sama ada
dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya
patut dikenakan , dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan atau meminda atau
menambah kepada syarat-syarat itu.
16. Peraturan-peraturan
( Disiplin ) Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan.
|