Friday, December 7, 2018

BAB 12- SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 12- SEKOLAH & PERSEKITARAN

PENDAHULUAN


Sekolah merupakan Pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan Persekitaran sekolah- Kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, muridTiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakatTerdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolahMisalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolahBagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya




HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH

Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBUBAPA (PIBG)


Ibu bapa hendaklah menjadi role model. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibubapa kepada anak. Tindakan PIBG membela nasib guru: Hubungan yang mesra ini mampu  melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa     ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapiKepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan
 motivasi yang tinggi kepada pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolahPeranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolahPengurusan PIBG yang cemerlang akan  melahirkan sekolah yang terbilang. Pengurusan PIBG harus cekap dan

 berkesan. Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan  sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,  Hubungan sekolah dengan masyarakat serta guru dengan ibubapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah dan serta pelajar juga mendapat faedah yang sangat berguna dalam meningkatakan  daripada Aspek Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek. 


Slide share:-

 

No comments:

Post a Comment