Tuesday, December 25, 2018

BAB 14 - PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

BAB 14 -  PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN 


Pedahuluan 

 Pengurusan alam pembelajaran adalah proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.

Proses Pengurusan Alam Pembelajaran

Konsep Pengajaran
l  Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
l  Pengajaran berkesan------ Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar
l  Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
l  Pengajaran merupakan aktiviti intelek
l  Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian
l  Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka
l  Terdapat dua jenis pengajaran  iaitu pengajaran terkini dan tradisional
l  Dalam pengajaran terkini, terdapat  pengajaran  yang memusatkan kepada murid
l  Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru


Ciri-ciri Pengajaran
l  Mempunyai unsur utama iaitu guru dan murid
l  Guru sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai murid
l  Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa & simbol
l  Dijalankan dengan pelbagai bentuk
l  Meliputi segala aspek Proses melibatkan interaksi dua hala
l  Mengandungi unsur sains dan unsur seni

Ciri-ciri Pembelajaran
l  Peringkat mengikut turutan
Rangsangan → Pemikiran  Perubahan Tingkah Laku
l  Perubahan tingkah laku dari tahap rendah ke tinggi
l  Proses yang berterusan & akan berhenti apabila hilang motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai
l  Pembelajaran akan berlaku dari pengalaman atau latihan
l  Perubahan tingkah laku dibentuk dari proses pemikiran dan penanggapan
l  Berlaku atas usaha sendiri mengikut motif atau motivasi seperti keinginan belajar


Kesimpulan

Guru bukan sahaja berperanan untk mengajar, malahan guru juga memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus. Hal ini meliputi mengurus bilik darjah, mengurus murid, mengurus keadaan fizikal bilik darjah, mengurus bahan-bahan mengajar dan sebagainya. Kecekapan seorang guru sebagai pengurus menyumbang kepada emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai. Asas kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran dalam bilik darjah ialah pengetahuan guru tersebut mengenai latar belakang murid. 

Dalam konteks ini, guru perlu mempersiapkan diri dalam menempuhi alam sebagai seorang guru pelatih. Hal demikian kerana, guru pelatih amat memerlukan disiplin yang tinggi. Ini kerana, seorang guru pelatih merupakan individu yang berada dalam pemerhatian. Oleh yang demikian, guru pelatih perlu peka dan cakna akan sesuatu situasi. Mereka juga perlu tahu cara untuk menguasai/mengawal kelas. Sekiranya hal ini gagal dilaksanakan, ia akan menyebabkan guru pelatih tersebut gagal mencapai standart yang ditetapkan.


Slide Share

BBA 13- STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 13- STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Bilik Pembelajaran 
Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah.Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih.Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.

Jenis-jenis Bilik Pembelajaran
  • Bilik darjah tradisi
  • Bilik darjah terbuka
  • Bilik darjah bercantum
  • Bilik darjah pra sekolah
  • Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Bilik darjah multimedia
  • Bilik darjah mata pelajaran khas

Strategi Pengurusan Bilik Darjah

Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti

Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru.Seharusnya memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan





Kesimpulan

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan

Slide Share:-

Friday, December 7, 2018

BAB 12- SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 12- SEKOLAH & PERSEKITARAN

PENDAHULUAN


Sekolah merupakan Pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan Persekitaran sekolah- Kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, muridTiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakatTerdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolahMisalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolahBagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya




HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH

Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBUBAPA (PIBG)


Ibu bapa hendaklah menjadi role model. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibubapa kepada anak. Tindakan PIBG membela nasib guru: Hubungan yang mesra ini mampu  melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa     ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapiKepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan
 motivasi yang tinggi kepada pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolahPeranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolahPengurusan PIBG yang cemerlang akan  melahirkan sekolah yang terbilang. Pengurusan PIBG harus cekap dan

 berkesan. Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan  sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,  Hubungan sekolah dengan masyarakat serta guru dengan ibubapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah dan serta pelajar juga mendapat faedah yang sangat berguna dalam meningkatakan  daripada Aspek Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek. 


Slide share:-

 

Wednesday, November 14, 2018

BAB 11- PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 11- PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENDAHULUAN


     Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.




 Pengurusan Murid untuk Pemulihan dan Pengayaan

Pemulihan

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan.

      Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.

        Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka meguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.



Pengayaan
   
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang peemikiran murid.

     Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan ini haruslah mengendungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.

KESIMPULAN

Pelajar-pelajar Pelbagai upaya memerlukan teknik pengajaran dan kelajuan dalam pengajaranya yang sesuai mengikut kognitif masing-masing, standard prestasi yang realictic dan peluang yang sesuai untuk mencapai pontesinya yang sesuai.  

Slide Share:-
https://drive.google.com/open?id=1E0sm5kyX14tZvuMqNoLtcKdKdmHD3Onr

BAB 10- PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 10 PENGURUSAN BUDAYA


DEFINISI PELBAGAI BUDAYA


Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 


TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA

1) Teori Melting Pot 1: Anglo Comformiti
 Berdasarkn teori tersebut,masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi 

2)  Teori Melting Pot 2: Ethnic Synthesis
  Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
  3)  Teori Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
      Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
     Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
        Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih   daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha,  1997).Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
          Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989). Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar. Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

         Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

PENDEKATAN  PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

          Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar. Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
           Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya juga harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
     Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain. Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.



    PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH




    Banks (1989) menyatakan Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang. Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar. Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran
    Najeemah (2007) menyatakan Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka. Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku. Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

KESIMPULAN
 Pengurusan pelbagai budaya di Sekolah amat penting untuk diuruskan dalam menjaminkan keharmonian di sekolah
Rujukan
Bahan Pengajaran KPS3014