
PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pegerakan yang memerlukan kerjasama dan campur tangan darii ahli organisasi tersebut bagi mencapai matlamat mereka sendiri, dan tugasnya adalah merancang,mengarah, memimipin & mengawal.
Bilik Darjah
Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Pengurusan
yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,
interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran
dan.pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matIamat yang ingin
dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memabami
prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip 'ini adalah gabungan
daripada sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah, dan aspek
pengurusan yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip yang pertama
adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru
yang berada dalam bilik satu bilik darjah berkongsimatlamat yangsama daIam
proses pengajaran dan pembelajaran, maka ke dua-dua belah pihak perlulah
bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar
guru dapat menyayangi pelajar sebagai individu yang memerlukan bimbingan,
tunjuk ajar, dan pertolongan. Seterusnya pelajar pula perlulah menghormati guru
sebagai individu yang akan membantu atau memberikan panduan. Prinsip'kedua
adalah kepercayaan dan sikap optimis guru. Guru sebagai pengurus perlu yakin dan
percaya akan keupayaan mengetuaikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama
dan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas
tersebut. jesteru keikhlasan dan kegigihan guru adalah ditagih oleh 'pelajar
dapat merasakan guru betul-betul
inginkan suasana bilik darjah yang merangsang proses pengajaran dan
pembelajaran.

Prinsip
ketiga pula adalah bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Kerjasama
antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang
cekap dan berkesan. Oleh itu, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar
termasuk pelajar yang selalu membuat masalah, guru seharusnya bersikap positif terhadap
semua pelajar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian, dan
bukannya disisihkan atau tidak dipedulikan. Tunjukkan kepada mereka bahawa
sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka
sedar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka, mereka akan .Iebih bersifat
terbuka, mudah berkongsi .masalah dan sedia mengubah 'perlakuan mereka yang negatif.
; Dari sudut pengurusan di sekoIah atau di mana-mana organisasi, istilah iaitu langkah mencegah.
Bagi
seorang guru; mennegah perlakuan pelajar adalah lebih baik daripada mengambil
tindakan untuk merawat atau memperbaikinya. Sikap proaktif guru daIam
mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah akan berupaya menghalaug
perlakuan devian pelajarnya. Beberapa langkah awal boleh dilaksanakan bagi
memastikan sikap positif pelajar. Langkah pertama yang boleh diambil adalah
dengan menetapkan rutin dan peraturan bilik darjah. Rutin dan , peraturan yang
telah ditetapkan oleh guru dan telah dipersetujui oleh semua pelajar haruslah
diamalkan dan dipatuhi. Sekiranya .. rutin dan peraturan dapat diamalkan dan
dipatuhi oleh semua warga bilik darjah, maka aspek kawalan dan disiplin pelajar
dapat dipertingkatkan sekali gus menjadikan pelajar lebih berdisiplin. Apa yang
diharapkan adalah pelajar akan 'menjadi seorang yang 'disiplinkendiri'.
Langkah
kedua pula adalah menetapkan prosedur pengurusan yang tegas. Untuk menjadi
pengurus bilik darjah yang berkesan, guru perlu tegas dalam melaksanakan segala
peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang meIanggar rutin harus
dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan
melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar
terhadap guru. Namun pelaksanaan dendaan atau hukuman tersebut haruslah
dijalankan dengan penuh kebijaksanaan. Apa yang ,tebih penting adalah pelajar sedar
kesilapan mereka dan tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.
Seterusnya
langkah ketiga adalah memberi dotongan positif
kepadapara pelajar. Dari aspek psikologi pelajar adalah remaja yang suka mencuba sesuatu yang baharu dan .
suka diberikan perhatian. justeru, sebagai pengurus bilik darjah, guru perlu
memberi dorongan dan motivasi kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang
mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian atau penghargaan yang
sewajarnya kerana perlakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat
kekerapannya. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan
prinsip:.prinsip pengurusan bilik darjah, guru juga perlu meneliti
faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan. Terhadap
pelbagai faktor yang Perlu diambil kira, Oleh seorang guru selaku pengurus. Faktor-faktor
tersebut akan dibincangkan dalalam
rancangan yang akan datang
Kesimpulan
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.
Slide Share:-
https://drive.google.com/open?id=1Is8pbTFXMLMs_-eG5mGuuuCtKNXVUFcQ
Slide Share:-
https://drive.google.com/open?id=1Is8pbTFXMLMs_-eG5mGuuuCtKNXVUFcQ
Rujukan
Bahan Pengajaran KPS3014
Penulisan Minda Pendidik/ Muhamad suhaimi Taat/27/6/2012
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.
No comments:
Post a Comment